Ku Menangis...

Sometimes, kita cuba nak happy tapi sebenarnya ia menyeksakan hati yang sudah sedia ada terguris..
Eh, lupa pulak bagi salam..
Hai, Hello..
Hurm.. Aku tak tahu apa yang aku nak cakap sebab bukan spesies aku untuk meluahkan masalah..
biarpun aku hanya menaip.. Hurm..
Banyak benda yang aku simpan dalam hati ni sampai dah tak tertahan aku nak lepaskan tapi....
untuk lepaskan kepada rakan.. aku tak sanggup..
aku dah terbiasa untuk simpan semua kesorangan..
dari aku berumur 5 tahun smpai skrang..
umur 5 tahun, umur untuk tidak ingat apa2, umur untuk bermain, umur untuk fikir tentang fantasi kartun, tetapi 5 tahun aku hanya terhad di bilikku.. aku mula berfikir tentang masalah bermula umur tersebut hingga ke hari ni..
Kehadiran rakan-rakan yang superb menjadi sandaran untuk aku melepaskan rasa dalam hati aku ni..
Tapi kenapa aku tebalkan egoku..
Well, bukan ego tapi malu..
Malu untuk apa? Aku pun tak tahu..
Cis.. Entahlah.. Kan best kalau lidah ini boleh berkata-kata apa yang hati aku pendamkan..
Kenapa bila bersama rakan-rakanku, aku sukar mengungkapkan apa2 tapi bila aku kesorangan, murah benar nilai air mataku.. 
Apa yang rakanku tahu hanyalah rahsia luaran ku.. tapi ntah.. bilalah tiba masa untuk aku berkongsi rasa sakit ini, rasa dendam aku, rasa menyampah, rasa benciku, rasa meluatku..
Aku risau sekiranya dendam aku kalau tak dirawat, akan menyebabkan aku menjadi keras seperti batu kerikil..
Ya, aku memang lembut tapi aku telah lama berdendam dengan memori-memori lama yang menyebabkan aku keras.. Aku dinilai sebagai orang yang lembut.. tetapi aku keras secara halus.. 
Maafkan aku rakan, bukan aku sengaja menghilangkan diri beberapa hari ni..
aku risau sekiranya aku melepaskan kemarahan kepada korang..
korang belum pernah lihat kemarahan sebenar aku..
Biar aku sahaja yang menyimpan keburukanku ini..
Aku tak ingin mengeruhkan hubungan kita yang akrab seperti adik-beradik ini..
Bagi yang membaca coretan ini, aku harap kalian paham dengan situasi aku..
Aku bising tanda aku sedang mengembirakan hati aku..
Aku gilakan diri aku, maknanya ada sesuatu yang aku cuba hapuskan dari memori aku..
Aku menangis kerana aku sedang menahan marah..
Aku diam kerana aku tak ingin mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan kerana kesudahannya aku yang akan menangis..
Kalau aku tertiba marah tanpa sebab, maafkan jua sebab kekadang aku melepaskan kemarahanku padahal bukan salah korang.. Dun worry, only the 1st 5 min then i'll be ok... :)
Kawan2 yang tersayang, harap korang sudi memaafkan aku sekiranya ada kata-kata atau perlakuanku yang menguris perasaan selama kita bersma.. Aku happy kita bersama..
Tapi sekiranya ada perlakuan aku yang pelik, abaikan je.. 
Coretan ini aku tulis hanya untuk memberitahu korang apa yang ada dalam hati aku yang aku tak mampu cakap berdepan korang..
Dun worry, memang korang tak ada buat silap.. Hanya aku yang ada masalah hati.. :)

Tambahan untuk sesi merepek:
Minta maaf? Sorry? Memang a nice words.. Ayat terbaek untuk diungkapkan kalau ada salah n silap tetapi biarlah bermakna.. 
Aku memang sukar meminta maaf melainkan betul2 aku maksudkan.. Aku juga mengharapkan orang lain sebegitu.. Kalau betul aku salah, bagitahu.. Akan aku cuba untuk analisa diri ini, mengkaji diri aku agar tidak terlalu selesa dengan padangan orang.. Jangan minta maaf sesuka hati lepas tu buat balik sebab aku takut kalau suatu hari nanti maaf tu dah tak ada nilai.. 

Love u alll... xoxoxoxo.. :)



Yang mencoret,
Sara yang gila!!!!!



No comments:

Post a Comment