KERJA BARU

Hi and Hello..
Dah bertahun dah update blog due to masalah BZ and also masalah laptop ni sendiri..
Ada masalah overheacting.. Ni baru je lepas ambik dari kedai terus pakat nak publish post banyak2.. Gara2 tangan ini mengalamai masalah kegatalan untuk menulis..

Banyak yang nak dibebelkan sampai tak tertulis.. 
Kena bebel satu-persatu dan akan ku menulis, menulis dan menulis jugak sehingga puas hati..
Cakap pasal menulis, aku dapat kerja menulis.. Haa.. tu lah latest update aku sekarang..

Baru2 ni melalui proses pembubaran sebagai Timbalan Presiden I Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka Sesi 2012/2013.. Pada hari yang sama, aku masuk bertanding balik.. (Bukan sebab gila kuasa ye! Sebab aku sendiri belum puas.. Aku tak dapat lagi kepuasan aku dalam kerja)
Nak dijadikan cerita, aku menang tanpa bertanding.. Sekali lagi.. 
Dan baru semalam keputusan dikeluarkan dan aku mendapat jawatan sebagai SETIAUSAHA 2..
Huuhuhuhu..
Paham x setiausaha 2?
Aku tak kisah sebenarnya.. Bukan aku sentap atau meroyan sebab dapat jawatan, kira cam jatuh pangkat tapi aku seriusly tak suka jadi SETIAUSAHA..
tak pernah dalam history aku sebagai pelajar menjadi seorang setiausaha..
Adohaaaa... :'(
Memang menjadi beban kepada diriku..
Aku ni bukan orang yang sistematik.. Aku ni bukan orang yang menghadap kertas-kertas kerja ni.. No Rujukan? Urgh.. Aku lari dari semua tu.. 

Yupe.. Aku suka menulis.. but unformal writing la.. Macam menulis novel ke.. Menulis blog ke.. Menulis apa2 lah.. Ni formal?! Memo, Surat Rasmi, Minit Mesyuarat! Like, Seriusly?!!! Huhuhu..

Nak menitik jugak air mata ni mengenangkan apa yang akan terjadi dengan diri ini.. Aku sangat risaukan performance aku dalam kerja kali ini sebab aku tak yakin aku mampu mengalas tanggungjawab ini.. Besar kepercayaan pihak kolej kepada aku kali ini.. 

Namun, aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.. Mungkin menjadi setiausaha baru aku jadi orang yang rajin, sistematik kot? Or maybe bila dah jadi setiausaha nanti, akan aku temui kepuasan yang selama ini aku cari? And sekurang-kurangnya resume aku cantik what?! (hahaha.. MEROYAN!!!) *facepalm*
Mungkinkah aku akan jadi begini? HAHAHAHA

Chiao lu... Nak bebel di masa akan datang..

"SARA QISTINA"

No comments:

Post a Comment